Sup Dumpling Udang (Homemade)

Bahan2:
6 ekor udang saiz besar - buang kulit & cincang*
2 sudu besar sos tiram*
1/2 sudu kecil garam*
1 sudu kecil tepung jagung*
1/2 sudu kecil lada sulah*
* gaulkan hingga sebati

Kulit wantan - kat tesco @ giant ade jual
1 bwg merah saiz sederhana
2 bwg putih
1/2 inci halia
1/2 kiub stok stok ayam
sedikit minyak
air
garam

daun sup (daun saderi+daun bwg)
bwg goreng

Kulit wantan

* bahan yang digaul sebati
Cara2:
1-gaulkan sebati bahan bertanda *
2-bungkus dengan kulit wantan (mcm sup bunjut) & tekan kuat utk tutup bungkusan
3-bwg merah+putih+halia ditumbuk
4-tumiskan bhn tumbuk hingga naik bau. masukkan air secukupnya.
5-masukkan stok ayam+garam secukupnya.
6-Tunggu air mendidih
7-masukkan bungkusan wantan td..tunggu hingga putih @ terapung..tutup api
8-hias dgn daun sup+bwg goreng

Cek Mek Molek..

Bahan:
300g ubi keledek - kupas kulit
100g tepung gandum
2 sudu makan garam
air - untuk rebus ubi
gula - untuk inti
minyak utk menggoreng

Cara:
1-masukkan ubi+air+garam dlm periuk
2-rebus ubi hingga empuk
3-lenyek ubi
4-masukkan tepung gandum. Uli hingga sebati..
5-ambil sejemput + bulatkan dgn tgn + leperkan
6-masukkan 1/2 sudu teh gula sbg inti
7-tutup doh + bentukkan bujur
8-panaskan kuali + goreng
NOTA:
-adunan sedikit melekat krn byk ubi drp tepung. So, sapu tepung gandum kat tgn b4 menguli..


ubi dh siap rebus

ubi yg dilenyek

tepung + ubi


ready utk goreng..

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut



Bahan2:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara2:

1-Masak gula dgn api sederhana hingga hangus (kuning emas)

2-masukkan air panas+masak & kacau hingga cair

3-masukkan mentega. kacau sekejap. bila cair mentega, tutup api. Sejukkan..

4-pukul telur hingga kembang (dalam bekas lain)

5-masukkan susu pekat dalam telur td. Kacau sebati

6-masukkan tepung+soda. kacau sebati

7-akhir sekali, masukkan air gula yang dihanguskan td (pastikan sejuk dulu)

8-kacau adunan + biarkan selama 3 jam

9-bakar 160-180 darjah celcius selama 1 jam

baru siap bakar

Kuzi Ayam


b4 this,pernah dgr kuzi tp xcuba utk rasa..cuma bila dh kawin dgn suami, kuzi ni fav family nyer..jd try mkn sedap jgk..so,blaja dgn kakak ipar masak kuzi..mmg lain dr lain la cara masak nyer..patut la sedap..btw thanxs byk2 kat kak ja yg kongsi masak memasak ni..

Bahan2 (utk setengah ekor ayam)
-setengah ekor ayam - dikerat n goreng separuh masak
(kalau nak cepat masak..kalau sanggup tggu xyah goreng)
-2 cawan bawang merah dihiris (goreng selepas hiris-biar kuning & jgn terlalu garing)
-1 sudu besar rempah kuzi (bancuh dgn air)
-3/4 cawan sos tomato
-3/4 cawan susu cair
-2 ulas bwg putih
-1 inci halia
-3 biji cili kering (rebus dlm air panas & tapis)
-garam gula
-minyak utk menumis

Cara2:
1-blend bwg goreng + bwg putih + halia + cili kering
2-tumiskan bahan yg diblend hingga garing
3-masukkan sos tomato + rempah kuzi (biar mendidih)
4-masukkan susu cair.kacau
5-masukkan ayam.
6-perasakan gula & garam
7-tunggu ayaam empuk sambil kacau perlahan2..

*tambah air jika terlalu kering
sangat sedap dimakan dgn nasi @ roti jala @ roti putih @ pulu kuning..

Mi Kari Special



mi kari ni aku wat masa dura n family dtg umah..disebabkan dura dtg waktu petang aku pilih menu mi kari sesuai dgn keadaan..kalau nk hidang nasi,xsesuai sbb dh kul 4 lebih..so, resepi yg ade kt bawah ni utk 1 palstik mi kuning(4-5 orang)..

Bahan2:
Mi Kuning - 1 plastik (celur b4 makan)
Ayam - 2 cawan (amik yg bertulang, dipotong kecil)
Santan - 1 biji @ pati santan RM 2 (nak kuah lebih, tambah lagi)
Air - 2 mangkuk
Minyak - 1/2 cawan.
1 sudu kecil air asam jawa (adabi extra)
Gula Melaka - 3/4 keping (1 keping kalau nk wat kuah byk)
Lada Kering gemuk (xpedas) - 7 biji (kalau saiz kecil, 10 biji)
Halia - 1 inci
Bawang Merah (jenis besar) - 3 ulas (saiz sederhana)
Bawang Putih - 3 ulas
Bunga Lawang - 2
Kulit Kayu Manis - 1
Buah Pelaga - 3
Serbuk Kari - 1 supik : bancuh dgn air(jenama Babas kalau nk best)
garam+gula

Fish Cake - 3 batang (kerat kecil2)
Udang - optional
Kerang - optional
Fish Ball - optional
Sawi - 1 ikat (Kerat kecil2, celur)
Taugeh - 1 mangkuk (dicelur)
lada merah - potong kecil2
daun sup (daun saderi+bawang)
telur rebus - 4 biji
bawang goreng

Nota: Bhn2 di atas boleh dikurang + ditambah ikut kesesuaian..Bhn2 atas tu anggaran aku (masa wat aku cekero jah-kato ore tuo)

CARA2:
1-Kisar Bwg Merah+Bwg Putih+Halia+Lada Kering-mesti btul2 hancur
2-Panaskan minyak (guna kuali besar utk cepat masak n mudah kacau)
3-Kalau minyak panas, masukkan bunga lawang, buah pelaga n kulit kayu manis.Biar naik bau wangi
4-Masukkan bahan yang dikisar td (langkah no.1)
5-Kacau + tunggu sampai btul2 masak(pecah minyak-biasa bhn td akan keluar minyak+mendidih+warna nyer merah menyala-biasa lama la kena kacau)
Langkah no. 5 adalah petua nk bg gulai kita sedap, xmudah basi n xsakit perut.
6-Masukkan serbuk kari..tunggu dia masak n pecah minyak lg
7-Kalau dh pecah minyak, masukkan air asam jawa+gula melaka..tambah air ckit kalau kering..
7-tunggu samapai gula melaka hancur.. then masukkan ayam..tunggu sampai ayam sedikit masak.
8-masukkan santan n air..kalau pekat lg,tambah ckit air..kalau dh cair, kurangkan air.Kacau kuah..jgn xkacau sbb santan akan pecah,jd xsedap..kena selalu kacau hingga mendidih..
Kalau xnak kacau selalu,perlahankan api n kacau sekali sekala..bila mendidih,masukkan garam+gula secukup rasa..

Nota: Kuah Mi Kari xsedap pekat sgt n cair sgt

9-then perlahankan api, masukkan kerang+udang+fish cake+fish ball
10-masa utk garnishing..
letak mi,kuah,sayur2,n hiasan lain..

Imej Vektor - so awesome..









Triffle Best..

Last week, dura n family dtg ke umah kami di ipoh..memang meriah la..aku n dura duk borak sakan smpai anak suami yg jaga..maklumlah,dh lama xjupe. b4 dura dtg, aku dh plan nk wt mi kari n triffle..kwn2 boleh la cuba..mmg berbaloi lah..resepi nyer ade di bwh..
triffle ni ada 4 layer:
1)jeli
2)buah koktel
3)kastard
4)swiss roll

BHN2
Swiss Roll/Kek Biasa - dipotong nipis (1.5cm - 2cm)
Jeli Kristal Perisa Strawberry (optional) - jenama nona
Buah Koktel dlm tin - tapis amik buah jer

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 cawan tepung kastard
4 cawan air

CARA2
1-susun kek yg dipotong dlm bekas (transparent lg cantik)
2-susu cair+susu pekat+tepung kastard+air disatukan.. kacau dlm kuali hingga pekat
(jgn pekat sgt)..kalau masak, ia mendidih+berkilat+likat
3-tuang kastard yg dh masak td ke atas kek yg disusun.tunggu biar suam ckit
4-letak buah koktel atas kastard td..
5-masak jeli - ikut arahan pd belakang kotaknya.bila masak, tunggu suam ckit..
6-tuang jeli atas buah koktel.
7-tunggu sejuk..letak dlm peti ais..

SELAMAT MENCUBA

Jamuan Akhir Tahun Ting. 2Ag2 2009
















Otak-Otak Kelantan


sgt mudah & sedap dimakan dgn nasi..resepi?
bahan sebelum digaul sebati
bahan dh ready utk digoreng
bh2:
sebiji telur (gred b)
2 ikan kembung (saiz besar)-diambil isi & tumbuk
1/2 inci halia
2 btg serai
1 sudu kecil lada hitam
1 bwg putih
3 bwg merah
1 1/2 sudu mkn kelapa parut - ditumbuk
1 ikat daun kesum - ambil daun n hiris kasar
garam gula secukup rasa
cara2
1. tumbuk bwg+halia+serai+lada hitam
2.masukkan isi ikan +kelapa parut+daun kesum+telur+garam gula
3.gaul sebati
4. panaskan minyak
5.kepalkan bhn td & goreng